Thursday, 2 August 2012

BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH

CARA - CARA BELAJAR DENGAN MUDAH

Tak perlu susah-susahkan diri untuk belajar dan memahami bahasa inggeris, hanya dengan MENDENGAR, FAHAMI dan BERTUTUR kita blh menguasai bahasa ke 2 ini dengan cepat

MENDENGAR

Ramai di sekeliling kita yang bertutur dengan menggunakan bahasa ke 2 ini, jadi dengar dengan teliti apa yang dituturkan dan kemudian ulanginya. Kita juga blh menonton rancangan-rancangan yang kini banyak di pertontonkan di televisyen dan belajarlah melalui apa yang kita dengar.

FAHAMI

Perkataan-perkataan yang telah kita dengar tadi, kini kita cuba fahami pula. Ini bagi memastikan kita tahu maksud perkataan yang kita dengar tadi. Dari sini juga kita dapat mempertingkatkan bahasa inggeris kita.

BERTUTUR

Setelah kita faham setiap perkataan yang kita dengar. Sentiasa berlatih bertutur dan mengamalkannya. kini lebih mudah bagi kita untuk bertutur dengan masyarakat luar. Bukankah mudah belajar begini..

Bahasa Inggeris itu mudah kalau kita belajar dengan cara kita sendiri, tidak perlu merumitkannya dengan cara-cara yang terlalu formal..

u.p: cara mudah bagi mereka yang merasakan tidak mampu untuk keluarkan wang ringgit yang dianggap mahal untuk ilmu..

Sunday, 22 July 2012

BERLAJAR SAMBIL BERHIBUR

OH MY ENGLISH!!

Rancangan paling diminati oleh anak-anak masa kini, rancangan yang dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan bahasa english mereka. Dimana-mana sahaja, rancangan ini menjadi butir biasa. Di kalangan kanak-kanak hingga la ke kalangan ibubapa. Lihat betapa banyak usaha dari pelbagai pihak bagi memastikan anak bangsa mereka dapat menguasai bahasa ke-2 terpenting ini.

Inisiatif ini semua sangat positif bagi perkembangan pendidikan anak-anak muda sekarang. Bermotifkan belajar sambil berhibur, rancangan ini telah menarik minat banyak pihak. Mereka tidak akan bosan untuk belajar bahasa english kerana diselang-selikan dengan hiburan bermesej. Banyak manfaat yang mereka akan dapat, bukan sahaja ilmu malah cara pergaulan dan kehidupan dapat dia pelajari.

Rancangan seperti ini perlu diteruskan, bagi memastikan anak-anak remaja sekarang terus mempunyai minat untuk belajar BAHASA ENGLISH.

BETAPA PENTINGNYA IA....

Lihat sahaja lirik-lirik lagu ini, betapa ianya mempunyai mesej yang besar maknanya buat anak-anak kita. Ia juga dapat membakar semangat anak-anak sekarang untuk terus bersaingan sesama mereka bagi menguasai bahasa ke-2 terpenting ini.

Persaingan yang sihat itu bagus..

Oh My English!
Oh My English!
Oh My English!

Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh!

Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English!
Oh My English!

Hello class is in session
Put your hands up if you have a question
Yeah! Kelas sudah bermula
Sila ambil nota kalau tak mahu lupa
Takkan kenal takkan cinta
Kalau tak mahu cuba
Bahasa kedua untuk kita semua
Siap sedia untuk menimba ilmu
Kalau tak mahu rugi
Jangan segan silu

In the class me and you
Mind your Ps and Qs
Cross your Ts dot the Is
Fokus hingga selesai
Practice makes perfect
Trust me its worth it
When you know how to word it
Believe me you're going to love it

Raise your hands in the air
If you're rocking with the best
Raise your hands in the air
If you've passed your English test

Rock rock rock rock
Rocking with the best
Rock rock rock rock
Passed your English test

p/s : INILAH SEBAB BANYAKNYA KELAS-KELAS BAHASA ENGLISH DAN PEMBELAJARAN BAHASA ENGLISH BANYAK DIPASARAN. SEMUANYA ADALAH UNTUK MEMBANTU ANAK BANGSA KITA.

 
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-oh-my-english-liyana.html#ixzz21PTKLVu0

Tuesday, 10 July 2012

MENJELASKAN

AGAR SEGALANYA JELAS..

Mengapa semua ini dinyatakan??

Ini bagi menjelaskan duduk sebenar APA ITU LINGUAPHONE yang sering kali kita dengar akan banyaknya keburukan dari kebaikan yang ada pada syarikat ini. Dari apa yang dilihat, tidak salah rasanya andai kata kita sama-sama membantu menerangakan serba sedikit apa yang kita tahu, agar ada diantara mereka-mereka yang ingin mendapatkan set ini tidak keliru dan terpengaruh dengan negatif-negatif yang ada. Bukan mahu mengatakan 100% kebaikan tentang syarikat ini, mereka juga ada kelemahan mereka yang tersendiri. Tapi jika dilihat keseluruhannya tidaklah teruk sangat, masih ada yang berguna.

Masa kini pembelajaran itu penting, tanpa pelajaran terumbang-ambing lah kita. Contoh terdekat, Bahasa Malaysia bukan lagi di utamakan di zaman yang penuh teknologi ini. Bahasa Inggeris dijunjung dan disanjung, tidak menguasainya maka kebelakanglah kita. Maka, dengan adanya cara-cara pembelajaran sebeginilah yang membantu kita untuk memajukan diri. Kalau mahu dikira kosnya, belajarlah apa pun semuanya memerlukan kos. Bezanya antara besar dan tidak, tapi pikirlah mana ada pelajaran yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Zaman serba canggih ini semuanya memerlukan RINGGIT MALAYSIA a.k.a DUIT.

Marilah kita fikir bersama, jangan hanya pandai menunding jari pada orang lain. Lihat kelemahan dan kekurangan diri kita juga.  

Sekadar berkongsi apa yang dilihat dan diperhati..

Tuesday, 3 July 2012

BUKA MATA DAN HATI

SUDAH TERBUKTI

KATA-KATA MEREKA..

Tak benar tak di kata, apa lagi yang mahu di kecohkan. Sudah terbukti ada diantara mereka yang sudah berjaya dan berpuashati dengan apa yang mereka pelajari. Rata-rata berpendapat ianya bagus dan berkesan. So, terbuktilah kata-kata kosong segelintir pihak yang mahu merosakkan image LINGUAPHONE itu hanya kata-kata tidak berasas dan hanyalah mahu melepaskan diri semata-mata.












Antara maklum balas daripada pelanggan


Friday, 29 June 2012

MENGAPA PERLU PERTIKAIKAN

PENDEDAHAN TERBUKA

LINGUAPHONE satu nama yang kini hebat diperkatakan di laman-laman sesawang, atas sebab dakwaan yang melampau dari segelintir pihak yang tidak bertanggungjawap yang mengatakan bahawa LINGUAPHONE adalah satu jenama yang memperdayakan orang ramai. Memegang "ranking" kedua tertinggi di laman sesawang aduan rakyat, linguaphone kini dikecam hebat oleh segelintir pihak yang sebahagian besarnya ada pelajar.

Dari pemerhatian yang dibuat, kebanyakkan mereka yang mengkritik hebat LINGUAPHONE ini adalah mereka yang di kategorikan dalam golongan cerdik pandai, yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi. Melaungkan berbagai kata-kata ketidakpuasan hati, mereka ini mengumpul seberapa ramai yang mungkin bagi membuat satu bantahan dan serta memburukkan LINGUAPHONE. Kenyataan-kenyataan seperti LINGUAPHONE menipu, LINGUAPHONE memperdaya pelajar, LINGUAPHONE memaksa dan lain-lain adalah satu tindakkan yang tidak sepatutnya diperkatakan kerana jika benar ianya berlaku, pihak terbabit hanya perlu membuat laporan kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya dan bukannya dengan melakukan tindakan sendiri.

Melakukan perbuatan yang sedemikian, menjejaskan reputasi syarikat itu sendiri sekaligus membuat orang ramai yang ingin mencuba hilang kepercayaan terhadap syarikat terbabit. Tidakkah tindakkan tersebut tidak adil bagi syarikat tersebut. Hanya kerana segelintir yang tidak berpuas hati, terpalit segala-galanya pada yang lain. Jika anda terpelajar dan merasakan diri anda dipaksa serta tidak berminat, mengapa anda tidak menolak sahaja? Renungkan..

TANPA KERAGUAN

Mengikut pemikiran logik, mengapa LINGUAPHONE ini dikatakan penipu sedangkan terang-terangan mereka berani menampilkan diri pada khalayak ramai. Jika benar mereka menipu atau melakukan ugutan didalam perniagaan mereka, mereka tidak akan berani tampil didada-dada akhbar membuat kenyataan dan membantu orang ramai.

Kepada yang banyak menuduhdan melakukan pelbagai kenyataan-kenyataan yang tidak berasas, serta mempengaruhi orang lain. Adalah lebih baik anda semuaberfikir secara rasional dan menyelesaikan masalah dengan cara yang betul





Antara keratan akhbar berkaitan LINGUAPHONE
 

ANTARA SEBAB-SEBAB

Setelah diteliti dan dikaji, sebab-sebab mengapa ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati secara emosi adalah kerana:

1. Mereka adalah pelajar yang tidak mampu melunaskan pembayaran

2. Tidak memahami isi kandungan kontrak ( sedangkan sudah termaktub dalam T&C)

3. Tidak berminat ( mahu melakukan pemulangan )

4. Membeli atas ajakan kawan-kawan ( bila rasa tidak berguna, gunakan banyak alasan untuk pulangkan )

5. Terikut-ikut kata orang ( berminat, tapi kerana banyak kata-kata tidak elok mereka rasa tertipu )

6. Keluarga tidak mengizinkan, merasakan tidak berbaloi ( sedangkan berminat untuk belajar )