Tuesday, 10 July 2012

MENJELASKAN

AGAR SEGALANYA JELAS..

Mengapa semua ini dinyatakan??

Ini bagi menjelaskan duduk sebenar APA ITU LINGUAPHONE yang sering kali kita dengar akan banyaknya keburukan dari kebaikan yang ada pada syarikat ini. Dari apa yang dilihat, tidak salah rasanya andai kata kita sama-sama membantu menerangakan serba sedikit apa yang kita tahu, agar ada diantara mereka-mereka yang ingin mendapatkan set ini tidak keliru dan terpengaruh dengan negatif-negatif yang ada. Bukan mahu mengatakan 100% kebaikan tentang syarikat ini, mereka juga ada kelemahan mereka yang tersendiri. Tapi jika dilihat keseluruhannya tidaklah teruk sangat, masih ada yang berguna.

Masa kini pembelajaran itu penting, tanpa pelajaran terumbang-ambing lah kita. Contoh terdekat, Bahasa Malaysia bukan lagi di utamakan di zaman yang penuh teknologi ini. Bahasa Inggeris dijunjung dan disanjung, tidak menguasainya maka kebelakanglah kita. Maka, dengan adanya cara-cara pembelajaran sebeginilah yang membantu kita untuk memajukan diri. Kalau mahu dikira kosnya, belajarlah apa pun semuanya memerlukan kos. Bezanya antara besar dan tidak, tapi pikirlah mana ada pelajaran yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Zaman serba canggih ini semuanya memerlukan RINGGIT MALAYSIA a.k.a DUIT.

Marilah kita fikir bersama, jangan hanya pandai menunding jari pada orang lain. Lihat kelemahan dan kekurangan diri kita juga.  

Sekadar berkongsi apa yang dilihat dan diperhati..

No comments:

Post a Comment