Sunday, 22 July 2012

BERLAJAR SAMBIL BERHIBUR

OH MY ENGLISH!!

Rancangan paling diminati oleh anak-anak masa kini, rancangan yang dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan bahasa english mereka. Dimana-mana sahaja, rancangan ini menjadi butir biasa. Di kalangan kanak-kanak hingga la ke kalangan ibubapa. Lihat betapa banyak usaha dari pelbagai pihak bagi memastikan anak bangsa mereka dapat menguasai bahasa ke-2 terpenting ini.

Inisiatif ini semua sangat positif bagi perkembangan pendidikan anak-anak muda sekarang. Bermotifkan belajar sambil berhibur, rancangan ini telah menarik minat banyak pihak. Mereka tidak akan bosan untuk belajar bahasa english kerana diselang-selikan dengan hiburan bermesej. Banyak manfaat yang mereka akan dapat, bukan sahaja ilmu malah cara pergaulan dan kehidupan dapat dia pelajari.

Rancangan seperti ini perlu diteruskan, bagi memastikan anak-anak remaja sekarang terus mempunyai minat untuk belajar BAHASA ENGLISH.

BETAPA PENTINGNYA IA....

Lihat sahaja lirik-lirik lagu ini, betapa ianya mempunyai mesej yang besar maknanya buat anak-anak kita. Ia juga dapat membakar semangat anak-anak sekarang untuk terus bersaingan sesama mereka bagi menguasai bahasa ke-2 terpenting ini.

Persaingan yang sihat itu bagus..

Oh My English!
Oh My English!
Oh My English!

Bahasa Inggeris tak tahu
Fikiran boleh buntu
Lidah pun jadi kelu
Menjadi kelu
Tolonglah aku
Oh My English!
Yeah! Yeah! Yeahhhh!

Jom kita masuk kelas
Fikiran jadi cerdas
Syoknya tidak terbatas
Tidak terbatas
Jangan terlepas
Oh My English!
Oh My English!

Hello class is in session
Put your hands up if you have a question
Yeah! Kelas sudah bermula
Sila ambil nota kalau tak mahu lupa
Takkan kenal takkan cinta
Kalau tak mahu cuba
Bahasa kedua untuk kita semua
Siap sedia untuk menimba ilmu
Kalau tak mahu rugi
Jangan segan silu

In the class me and you
Mind your Ps and Qs
Cross your Ts dot the Is
Fokus hingga selesai
Practice makes perfect
Trust me its worth it
When you know how to word it
Believe me you're going to love it

Raise your hands in the air
If you're rocking with the best
Raise your hands in the air
If you've passed your English test

Rock rock rock rock
Rocking with the best
Rock rock rock rock
Passed your English test

p/s : INILAH SEBAB BANYAKNYA KELAS-KELAS BAHASA ENGLISH DAN PEMBELAJARAN BAHASA ENGLISH BANYAK DIPASARAN. SEMUANYA ADALAH UNTUK MEMBANTU ANAK BANGSA KITA.

 
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/05/lirik-lagu-oh-my-english-liyana.html#ixzz21PTKLVu0

Tuesday, 10 July 2012

MENJELASKAN

AGAR SEGALANYA JELAS..

Mengapa semua ini dinyatakan??

Ini bagi menjelaskan duduk sebenar APA ITU LINGUAPHONE yang sering kali kita dengar akan banyaknya keburukan dari kebaikan yang ada pada syarikat ini. Dari apa yang dilihat, tidak salah rasanya andai kata kita sama-sama membantu menerangakan serba sedikit apa yang kita tahu, agar ada diantara mereka-mereka yang ingin mendapatkan set ini tidak keliru dan terpengaruh dengan negatif-negatif yang ada. Bukan mahu mengatakan 100% kebaikan tentang syarikat ini, mereka juga ada kelemahan mereka yang tersendiri. Tapi jika dilihat keseluruhannya tidaklah teruk sangat, masih ada yang berguna.

Masa kini pembelajaran itu penting, tanpa pelajaran terumbang-ambing lah kita. Contoh terdekat, Bahasa Malaysia bukan lagi di utamakan di zaman yang penuh teknologi ini. Bahasa Inggeris dijunjung dan disanjung, tidak menguasainya maka kebelakanglah kita. Maka, dengan adanya cara-cara pembelajaran sebeginilah yang membantu kita untuk memajukan diri. Kalau mahu dikira kosnya, belajarlah apa pun semuanya memerlukan kos. Bezanya antara besar dan tidak, tapi pikirlah mana ada pelajaran yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Zaman serba canggih ini semuanya memerlukan RINGGIT MALAYSIA a.k.a DUIT.

Marilah kita fikir bersama, jangan hanya pandai menunding jari pada orang lain. Lihat kelemahan dan kekurangan diri kita juga.  

Sekadar berkongsi apa yang dilihat dan diperhati..

Tuesday, 3 July 2012

BUKA MATA DAN HATI

SUDAH TERBUKTI

KATA-KATA MEREKA..

Tak benar tak di kata, apa lagi yang mahu di kecohkan. Sudah terbukti ada diantara mereka yang sudah berjaya dan berpuashati dengan apa yang mereka pelajari. Rata-rata berpendapat ianya bagus dan berkesan. So, terbuktilah kata-kata kosong segelintir pihak yang mahu merosakkan image LINGUAPHONE itu hanya kata-kata tidak berasas dan hanyalah mahu melepaskan diri semata-mata.












Antara maklum balas daripada pelanggan