Friday, 29 June 2012

MENGAPA PERLU PERTIKAIKAN

PENDEDAHAN TERBUKA

LINGUAPHONE satu nama yang kini hebat diperkatakan di laman-laman sesawang, atas sebab dakwaan yang melampau dari segelintir pihak yang tidak bertanggungjawap yang mengatakan bahawa LINGUAPHONE adalah satu jenama yang memperdayakan orang ramai. Memegang "ranking" kedua tertinggi di laman sesawang aduan rakyat, linguaphone kini dikecam hebat oleh segelintir pihak yang sebahagian besarnya ada pelajar.

Dari pemerhatian yang dibuat, kebanyakkan mereka yang mengkritik hebat LINGUAPHONE ini adalah mereka yang di kategorikan dalam golongan cerdik pandai, yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi. Melaungkan berbagai kata-kata ketidakpuasan hati, mereka ini mengumpul seberapa ramai yang mungkin bagi membuat satu bantahan dan serta memburukkan LINGUAPHONE. Kenyataan-kenyataan seperti LINGUAPHONE menipu, LINGUAPHONE memperdaya pelajar, LINGUAPHONE memaksa dan lain-lain adalah satu tindakkan yang tidak sepatutnya diperkatakan kerana jika benar ianya berlaku, pihak terbabit hanya perlu membuat laporan kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya dan bukannya dengan melakukan tindakan sendiri.

Melakukan perbuatan yang sedemikian, menjejaskan reputasi syarikat itu sendiri sekaligus membuat orang ramai yang ingin mencuba hilang kepercayaan terhadap syarikat terbabit. Tidakkah tindakkan tersebut tidak adil bagi syarikat tersebut. Hanya kerana segelintir yang tidak berpuas hati, terpalit segala-galanya pada yang lain. Jika anda terpelajar dan merasakan diri anda dipaksa serta tidak berminat, mengapa anda tidak menolak sahaja? Renungkan..

TANPA KERAGUAN

Mengikut pemikiran logik, mengapa LINGUAPHONE ini dikatakan penipu sedangkan terang-terangan mereka berani menampilkan diri pada khalayak ramai. Jika benar mereka menipu atau melakukan ugutan didalam perniagaan mereka, mereka tidak akan berani tampil didada-dada akhbar membuat kenyataan dan membantu orang ramai.

Kepada yang banyak menuduhdan melakukan pelbagai kenyataan-kenyataan yang tidak berasas, serta mempengaruhi orang lain. Adalah lebih baik anda semuaberfikir secara rasional dan menyelesaikan masalah dengan cara yang betul





Antara keratan akhbar berkaitan LINGUAPHONE
 

ANTARA SEBAB-SEBAB

Setelah diteliti dan dikaji, sebab-sebab mengapa ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati secara emosi adalah kerana:

1. Mereka adalah pelajar yang tidak mampu melunaskan pembayaran

2. Tidak memahami isi kandungan kontrak ( sedangkan sudah termaktub dalam T&C)

3. Tidak berminat ( mahu melakukan pemulangan )

4. Membeli atas ajakan kawan-kawan ( bila rasa tidak berguna, gunakan banyak alasan untuk pulangkan )

5. Terikut-ikut kata orang ( berminat, tapi kerana banyak kata-kata tidak elok mereka rasa tertipu )

6. Keluarga tidak mengizinkan, merasakan tidak berbaloi ( sedangkan berminat untuk belajar )





2 comments:

  1. linguaphone ni memang banyak menyusahkan orang. awak jangan la nak menafikan kritikan di laman sesawang dari pelajar IPT. memang betul pun yang mu tu suka paksa orang membeli produk jahannam mu tu. mu tunggu je pembalasan dari Allah SWT suatu hari nanti. kerana barangsiapa yang menyusahkan orang lain, Allah SWT akan menyusahkan dia balik.

    ReplyDelete
  2. saya tidak kata saya benar. salah saya juga kan, sebab mudah cair. itu yang anda nak beritahu, kan? fine. secara jujurnya, saya setuju kalau anda menjual produk ni, tapi menentang keras pendekatan memujuk secara terlampau dan memaksa2. itu saja.

    saya tidak bersetuju dgn statement anda yang ramai tak puas hati n meluahkan perasaan mengikut emosi. tapi sedarkah anda, anda juga menjual dengan menggunakan permainan emosi. anda mainkan emosi pembeli. salah siapa???

    tak terniat langsung nak memburuk2kan linguaphone. jika anda jual dengan cara yang betul, saya setuju. tapi jika anda jual dengan unsur memaksa dan ghuluw, siapa tidak marah? siapa tidak beremosi jika diperlakukan sedemikian? fikirkanlah secara rasional mengapa ramai menghentam anda bertubi2. pasti ada silapnya di pihak anda. cuma anda mungkin tidak sedar atau tidak tahu itu salah..

    nasihat saya, just take yourselves to the other people shoes.. thats all...belajarlah hal2 bisnes dengan orang faqih(alim ulama), bukan dengan cara SENDIRI2... suapaya kelak anda tidak merasa orang lain menghentam anda secara sendiri2...wallahualam

    ReplyDelete